Tuesday, April 3, 2012

Sujud Syukur

Subhanaallah..Alhamdullilah..

Lama rasanya ummi tak update blog ummi ni...yelah, sejak akhir2 ni, rutin kerja ummi sangatlah banyak..apapun ummi sangat happy dengan kerja ummi ni... Sedar tak sedar dah memasuki bulan April, cepat betul masa berlalu..hmmm...Bulan ini juga genaplah umur ummi 30 tahun..Alhamdullilah..

Saadiq nak tau tak, apa yang buat ummi sangat teruja pada tahun ni? hhmmm..semestinya ummi sangat2 berharap ummi MENGANDUNG lagi!!!

Insyaallah  ye saadiq, kita sama2 doakan ummi mengandung lagi... :)
 

Wednesday, December 28, 2011

Ummi..Mama..Ibu..Mak..

Alhamdullilah, segala puji hanya padaNYA..

Saadiq..Saadiq.. Semakin hari semakin bijak. Alhamdullilah.. 
Ada sahaja gelagat atau keletah anakku seorang ni. Putera kesayangan dan penyeri hati ummi dan walid. Teringat saat2 mengetahui yang ummi mengandung, dimana doktor yang merawat ummi tatkala itu semacam takde apa2 perasaan je bila beritahu ummi mengandung..raut mukanya yang slamber je..hehe. Takpelah ummi tak kesah pun, yang penting saat tu ummi sangat HAPPY!!!...

Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti.. saatnya untuk melahirkan Khalifah sulung ummi kunjung tiba.. Ahmad Saadiq Qarhawi Bin Hassan, itulah nama diberi oleh ummi dan walid..Alhamdullillah..

Harapan ummi dan walid semoga Saadiq dapat menghafaz Al-Quran, menguasai Bahasa Arab dan menjadi seorang ulama/ustaz, InsyaAllah..Aamiinn Ya Allah.. Permudahkan lah diriku dan suamiku agar dapat membimbing anakku ini kearah itu.. Terangkanlah hati anakku ini Ya Allah.. Aamiinn.

Tuesday, December 27, 2011

Serasi Bersama

Alhamdullillah.. masih berkesempatan untuk menulis lagi..

Serasi Bersama..
Sengaja saya pillih tajuk ini untuk entri kali ini. Tertawa kecil bila teringat kata2 suamiku padaku malam semalam tatkala kami makan malam bersama.. Suamiku selalu perasan apa sahaja yang saya lakukan atau gelagat atau tabiat yang kadang kala saya sendiri pun tak sedar dia akan perhatikan..Lucu bukan.. Itulah suamiku.. Setiap kali ada saje komen suamiku padaku, dan setiap kali itu juga saya akan cakap, kalau kita masuk rancangan serasi bersama, pasti menang.. Yang pasti suamiku akan beri jawapan yang betul pada setiap soalan terhadap diriku..hehehe..




Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah segala puji pada Allah swt.
Hari Jumaat selalunya hari yang sangat indah. Saya dilahirkan pada hari Jumaat. Ahamd Saadiq Qardhawi juga dilahirkan pada hari Jumaat. Ya, sengaja saya pilih hari Jumaat untuk melahirkan Saadiq, yang mana kelahiran Saadiq adalah melalui pembedahan kerana sejak bulan yang ke 7 hingga saat kelahiran Saadiq, keadaan Saadiq masih songsang.

Alhamdullilah tiada sebarang alahan teruk sepanjang 9 bulan mengandungkan Saadiq. Dan di saat kelahiran Saadiq pada 03/07/2009 jam 8.30am di Pusat Perubatan Prince Court dan disambut oleh Dr. Seri Suniza, alhamdullillah segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.
Alhamdullilah ku panjatkan kepada Allah swt, atas segala nikmat yang diberikan kepadaku serta keluarga ku.

Tuesday, December 20, 2011

Segala Puji Hanya PadaNya...

Subhanallah, Maha Suci Allah.. Alhamdullillah, Segala puji bagi Allah SWT. Disaat entri ini ditulis, usia ku 29 tahun dan anak sulungku Ahmad Saadiq Qardhawi berusia 29 bulan. MasyaAllah, syukur diatas nikmat yang telah kau berikan kepadaku dan seluruh keluarga ku...

Tuliskan ku ini bukan untuk tatapan sesiapa.. Hanya ingin menzahirkan atau mempotretkan sebuah journal istemewa untuk suami serta anak2ku kelak..insyaallah.

Saya sudah lama ingin mempuyai blog sebegini.. Menulis (walaupun ianya bukan minat dan kelebihan saya) dan bercerita di dalam blog adalah satu impian saya..
Minat boleh dipupuk, insyaallah..saya akan usaha ke arah itu..

Entri ini hayalah perkenalan ringkas tentang blog Ummu Jannah -sebuah journal istimewa untuk suami serta bakal khalifah2 ummi.. Insyallah..Aamiin...