Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah segala puji pada Allah swt.
Hari Jumaat selalunya hari yang sangat indah. Saya dilahirkan pada hari Jumaat. Ahamd Saadiq Qardhawi juga dilahirkan pada hari Jumaat. Ya, sengaja saya pilih hari Jumaat untuk melahirkan Saadiq, yang mana kelahiran Saadiq adalah melalui pembedahan kerana sejak bulan yang ke 7 hingga saat kelahiran Saadiq, keadaan Saadiq masih songsang.

Alhamdullilah tiada sebarang alahan teruk sepanjang 9 bulan mengandungkan Saadiq. Dan di saat kelahiran Saadiq pada 03/07/2009 jam 8.30am di Pusat Perubatan Prince Court dan disambut oleh Dr. Seri Suniza, alhamdullillah segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.
Alhamdullilah ku panjatkan kepada Allah swt, atas segala nikmat yang diberikan kepadaku serta keluarga ku.

No comments:

Post a Comment