Alhamdullilah, segala puji hanya padaNYA..
Saadiq..Saadiq.. Semakin hari semakin bijak. Alhamdullilah..
Ada sahaja gelagat atau keletah anakku seorang ni. Putera kesayangan dan penyeri hati ummi dan walid. Teringat saat2 mengetahui yang ummi mengandung, dimana doktor yang merawat ummi tatkala itu semacam takde apa2 perasaan je bila beritahu ummi mengandung..raut mukanya yang slamber je..hehe. Takpelah ummi tak kesah pun, yang penting saat tu ummi sangat HAPPY!!!...
Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti.. saatnya untuk melahirkan Khalifah sulung ummi kunjung tiba.. Ahmad Saadiq Qarhawi Bin Hassan, itulah nama diberi oleh ummi dan walid..Alhamdullillah..
Harapan ummi dan walid semoga Saadiq dapat menghafaz Al-Quran, menguasai Bahasa Arab dan menjadi seorang ulama/ustaz, InsyaAllah..Aamiinn Ya Allah.. Permudahkan lah diriku dan suamiku agar dapat membimbing anakku ini kearah itu.. Terangkanlah hati anakku ini Ya Allah.. Aamiinn.


